Salam buat semua.. lama aku tak merepek dalam ni.. Hari ni saja nak share pendapat aku dalam tajuk kat atas ni.. Xleh nak tido dah sbb tadi dah over slept.. :-)
Bila cakap pasal haram n halal.. ramai yg buat² tak faham n main hentam ja.. Takut aku kalo pikir balik pasal benda² ni.. Kalau bab sembahyang, ttp aurat ka, senang kita nak tgk.. tapi bab hal haram halal dalam rezeki ni, complicated ckit.. boleh gaduh kawan²...
Buat² lak kawan² yg kerja bank.. :-p Jgn marah or terasa dgn statement aku ni.. Aku x cakap hgpa makan rezeki haram, tu bukan aku yg tentukan.. tapi semua ALLAH yang maha berkuasa.. Tapi kita kena ingat.. dalam byk² hal yang ditekankan kepada kita sebagai org islam, ALLAH bukan sahaja membenci riba, malah kita di ajak berjihad dalam memerangi riba.. Aku bukan nak buat hukum @ atau letakkan satu² perkara tu HARAM.. Sedar diri la ilmu setakat mana.. Tapi aku nak ajak hgpa smua share pendapat..
Bagi kawan² yang kerja dalam aliran bank ni, meh bagi pendapat ckit.. Apa yang membolehkan sesuatu sumber rezeki yg haram itu menjadi halal..? Bagi aku, kalau nak letak di atas niat semata-mata, x jadi benda tu.. Lagi satu, alasan paling kukuh : "terdesak".. Mgkin kita diizinkan kalau keadaan btol² terdesak.. tapi cuba fikir balik soalan aku ni, "Btol ka kita ni terdesak ??"
Aku nak bagi satu contoh kat cni.. mgkin pedas ckit, tapi cuba fikir²kan dari sudut positif.. cuba² fahamkan mesej dalam cerita di bawah ni :
"X tersesat dalam hutan.. 3 hari berjalan, usaha mcm², masih lagi gagal jumpa jalan keluar.. perut lapar, tenaga makin kurang.. Nak dijadikan cerita, kemahiran memburu ni mmg lemah.. Nak makan buah², takut beracun.. Tapi sbb nak ikhtiar utk hidup, si X terpaksa juga berburu..
So si X ni mula la cuba² memburu utk makanannya.. sehari suntuk, cuba macam².. still gagal nak tangkap ikan, kijang, rusa or benda² lain yg bergerak dan HALAL di makan dalam hutan tu.. Keadaan mmg terdesak sgt kerana dah berapa hari si X ni tak makan.. Tiba² lintas seekor BABI HUTAN di depan mata dia, dengan izin tuhan.. Babi tu dapat ditangkap.. So babi ni dijadikan makanan..
Dalam situasi ni, insyaALLAH daging yg dimakan dengan niat utk hidup ni ALLAH halalkan.. Tetapi makan sekadar yg perlu sahaja.. Btol x..? Tapi tiba² bila dah dapat makan babi tadi, si X merasa sedap dan selesa.. atas alasan terdesak, boleh ka X terus makan daging babi ni tanpa ada apa² usaha untuk memburu binatang lain..? Halal ka daging yang masuk dalam perut dia tu...?? Bukan kah dia perlu berusaha untuk mendapatkan benda yg halal untuk di makan..??"
Cuba kita fikir² kan pasal cerita di atas tu.. Layakkah kita nak halalkan satu² benda yang tuhan ajak kita perangi..? Tak malu ka kita dengan ALLAH bila kita bersemuka dengan dia nanti, nak cakap rezeki kita ni dari sumber riba, tapi kita terdesak..? Fikirkan balik ayat "terdesak" tu sebelum kita guna..
Pendapat aku la, terdesak tu mungkin wujud dalam situasi kita di malaysia ni, tapi kita perlu sedar, kita still ada pilihan.. Adakah kita akan mati kalau kita tak buat apa yg kita katakan terdesak tu..? Bagi aku, kalau kita betul² terdesak, insyaALLAH tuhan betul² faham.. Tapi cuba kita bayangkan kalau kita yg sengaja kata kita terdesak, tapi padahal keadaan tu tak wujud pun.. Tak malu ka kita nak mengadap Yang Maha Esa nanti.. Tak malu ka kita pada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..?
Kita terlalu selesa dgn gaji yang ditawarkan, bonus yang gila².. Atas alasan terdesak, kita lupa untuk berusaha mencari sesuatu yg halal.. Bagi aku, HARAM sekiranya kita dah mula selesa dengan duit yang tak diberkati tu, dan HARAM itu muncul apabila kita berhenti berusaha untuk mencari kerja yg lain yg kita btol² pasti ttg halal haram nya.. btol tak..? Ni pendapat aku la.. Komen² ckit..
Just nak share ckit pasal kerja aku sebelum ni.. Tak yah cita la kat mana.. Aku ditugaskan sebagai salah seorang pegawai kat jabatan kerajaan.. Sebab terlalu nak menjaga HALAL n HARAM dalam usaha mencari rezeki ni, majoriti ofismate aku tak suka kat aku.. Mau taknya, claim depa asyik kena potong.. sampai kena boikot.. kesian oo kat aku... huu.. Tapi aku ckit pun tak mngalah sbb aku yakin dgn ALLAH.. Apa guna kita makan duit yg tak elok..?
Aku tak pernah cakap yg aku ni perfect or baik.. tapi at least aku berusaha ke arah tu.. setakat yg aku mampu usaha, insyaALLAH aku usaha.. Berdosa kita kalau sesuatu benda yang tak elok berlaku depan mata kita tetapi kita buat² tak tahu.. mcm² aku kena tuduh, ckp aku gi repot la; kebetulan lak oficer yg monitor kami ni kawan baik aku.. waa.. sakitnya hati aku masa tu.. tapi redha je..
Duit yang berkat tu, walaupun jumlah nya kecil ttp nilai nya jauh lebih besar dari duit yg tak elok.. insyaALLAH cukup.. tapi duit yg tak elok ni, datang la byk mana pun, sentiasa tak cukup.. betol tak..?
Yakin lah dgn ALLAH.. Ingat ALLAH tu Maha Adil.. selalu aku ingatkan diri aku pasal hal ni.. tak kira berapa susah kita berusah, teruskan berusaha.. Akan ada anugerahnya.. percayalah..
*peace buat semua..!
Salam.. saja nak kongsi ckit cerita pasal kejadian manusia.. Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS. Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu? Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mai baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.
Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS
(ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak. Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah:
"Hai Izrail..! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman:
"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi:
"Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya."
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis;
kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina;
kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq;
kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden;
kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar;
tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar;
tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah;
untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris;
tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon;
tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina;
alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India;
tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus;
kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if;
tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
Kepala : 2 liang mata, 2 liang telinga, 2 liang hidung & liang mulut.
Di bawah : liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Di lihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan "Alhamdulillah".
Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata "Yarhamukallah"
yang membawa erti "Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan "Yarhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa". (Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT : Muhammad Isa Selamat
RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan dikembalikan.




